Kisah Pengalaman Arwah Dr.Haron Din Masuk Dalam Kaabah..

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri.Pelik tetapi benar.Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah,Allah taala lah yg mengaturkannya,saya dapat peluang utk masuk ke dalam Kaabah.Sebab saya datang atas tetamu tokey yg membuat dan membersihkan Masjidil Haram.Pagi itu saya datang awal.Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP.
Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi.Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah.Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai.Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya,ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.Bila pintu Kaabah di buka saya orang yg ke tiga masuk ke dalam.

http://ift.tt/2ewcQpP

Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu ketimbang Bani Syaibah.Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yg berumur lebih kurang empat tahun utk membuka pintu Kaabah itu. Sejarah pintu Kaabah itu,kalau orang yg lain tidak boleh buka.Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah.Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah,Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah.Bani Syaibah ini adalah keturunan yg di amanahkan utk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah,berlaku peperangan pembukaan Mekah,nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali utk mengambil kunci pintu Kaabah ketimbang Bani Syaibah.

Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut .Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah.Al-Quran (An-Nisaa’ : 58) Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yg berhak menerimanya” Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi.Rupa-rupanya bila bagi balik,Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi.
Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun.Bila kunci ini dipulangkan balik,ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini. Budak kecil tadi dibawa tangannya utk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu.Saya lihat di depan saya.Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan.Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.
Baca Juga:Macam-macam Najis Dalam Islam.
Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yg menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam.Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yg digunakan pada zaman nabi dahulu.Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu.Apabila lampu di tukar,lampu yg lama di simpan di dalam Kaabah.Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu. 

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Kisah Pengalaman Arwah Dr.Haron Din Masuk Dalam Kaabah.."

Post a Comment